Wednesday, 18 April 2012

Pfft

Lelaki suka cakap separuh
Kalau rasa taknak cite jangan cite awal2
berhenti tengah jalan macam tu.
Rasa menyampah membuak buak.
Kalau rasa nak tau benda tu fitnah ke tak tanya tuan empunya badan.
Kalau taknak cite awal2 jangan la sebut depan tuan empunya badan tu.
Siapa entah si penyebar fitnah ni.
Nak kene hempuk agaknya.
Macam mana orang lain boleh tau benda yang tuan empunya badan sendiri pun tatau?
Tu kan fitnah namanya.
Pastu buat muka tak bersalah.
Terima kasih.
Kau memang sahabat sejati. 
Jangan tegur aku lagi.

Nak tahu?
Benda yang aku paling benci adalah fitnah.
Perkara yang paling aku elak adalah difitnah.
Orang yang aku paling sakit hati adalah pemfitnah.

Istighfar jelah.

Sunday, 15 April 2012

Janji seorang kawan alam maya

Dengan ini, saya Nawa Binti Najib telahpun berjanji kepada seorang kawan alam maya saya yang namanya terpaksa dirahsiakan untuk menulis tentang sekeping flyer yang telah selamat sampai ke tangan saya seminggu sebelum SPM berlangsung.

Terima kasih kerana sudi menghantar flyer tersebut :)

Dalam flyer dia ada tulis pasal berat badan dah turun ke, teringat lah post duluu2 pasal pernah nangis sebab ayah  aku tegur gemuk semua, dia kata akulah pencetus die buat open blog, haha, dia pernah mengaku pernah jadi stalker terhebat aku suatu masa dulu sebab  aku selalu tegur2 sorang kawan baik aku ni.

Hmm. Macam mane ek kenal dia ni. Entahlah tiba tiba je dia muncul dekat status bagi laman web hantu. Pelik jugak bila masa approve dia ni dekat fb. Siapa ni tak kenal pun. Masa tu start lah rasa menyesal sebab approve orang tak kenal sesuka hati.

Tapi lama-lama bila kenal dia, dah boleh jadi kawan. Sebab dia ni seorang yang sangat menghormati orang lain, pandai jaga batasan dan pergaulan. Idea pun banyak. Dulu rapat jugak tapi sekarang tak sangat. Tapi dia masih seorang sahabat :)

Oh dia ada blog dah sekarang. Dulu blog dia biasa-biasa je tapi tak sampai setahun dah fofularrrr. Banyak followers. Entri pun best2. Ceh konon je cakap aku ni pencetus dia buat blog padahal diri sendiri tu memang dah boleh jadi blogger, tak sedar je. haha.

Aku ramai sangat kawan alam maya sebenarnya. Dulu ada seorang budak perempuan muda setahun daripada aku, duduk dekat Jerman tapi setahun lepas tu dia pindah Malaysia. Aku kenal dia dekat crunchyroll, website tengok cerita2 jepun. Dulu malam2 lepas dia balik msia, selalu gayut sampai aku tertidur. Die cite pasal sekolah, pasal crush dia, pasal subjek2 yang die tak boleh nak catch up. Tapi yelah. Tak ramai kawan alam maya yang berkekalan kan. Tapi insyallah, setiap sahabat yang aku kenal aku ingat lagi. Kalau satu hari dia muncul balik, aku takkan lupa dia.

Ada jugak kakak yang tua setahun dua, rapat jugak. Alah dulu zaman myspace. Lepastu kakak ni suka kawan dengan aku dia kata, die pun pergi sebar cerita pasal aku dekat kawan dia seorang lagi. Jadi bertambah lah kawan alam maya aku.

Tapi risiko berkawan dengan diorang. Nak kekal tu susah. Nak stay rapat sampai bila-bila tu tak jamin. Kadang-kadang salah aku, kadang-kadang diorang yang pergi sendiri. Nak buat macam mana. Nama pun kawan alam maya kan. Takpe, dapat kenal pun dah cukup bertuah. Dapat kenal dengan ramaiii orang. Syukur Allah permudahkan hidup aku dengan menemukan kawan-kawan yang terbaik. Alhamdulillah.

Oh lupa. Akhir kata kepada kawan alam maya yang hantar flyer kat aku ni, aku doakan kau berjaya dunia akhirat. Insyallah. Aku tak pernah tanya ko mintak course apa ke apa, haha. Tapi apa pun kau buat, jadi blogger ke takpun vlogger pulak lepas ni, semoga berjaya. Terima kasih sebab pernah hadir dan menjadi salah seorang sahabat aku :D




-- sanggup ni bukak balik blog berhabuk semata mata nak tunaikan janji. mati bila2 je aku kan dan nanti takut kau marah sebab dah berbulan bulan tak tulis apa apa. haha. aku mintak maaf sebab lambat. tapi aku sentiasa ingat janji aku. cuma tak sanggup tiup habuk2 yang tebal dekat blog ni je haha. *tiuptiup